MESTI KLIK

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, February 13, 2013

RAINBOW CAKE IN JAR... PELANGI BERSELERAKAN DALAM KACA

ASSALAMUALAIKUM...


BUAT pertama kalinya Seri Kandi tidak bergerak ke mana-mana ketika cuti Tahun Baru Cina kelmarin. Walaupun ER ada menyuarakan hasrat untuk keluar dari Tanah Jauhar ini namun Seri Kandi cadangkan untuk kami melepak di rumah sahaja. Hajat Seri Kandi sebenarnya adalah untuk mengemas kain baju yang sudah setahun tidak keluar dari almari dan tidak lagi muat di badan. Tapi hajat cuma tinggal hajat. Betul-betul punya melepak sampai satu apapun tak bergerak... hehehe.


Semalam Seri Kandi merajinkan diri membina istana pelangi dalam kaca. Cake In Jar, Seri Kandi tak pasti masih 'in' lagi atau tidak dan terus terang Seri Kandi memang belum pernah lagi mencuba membakar kek dalam botol ini. Seperti yang pernah Seri Kandi beritahu sebelum ini Seri Kandi belum ada kekuatan untuk membakar kek dalam botol jadi Seri Kandi hanya menjual chill cheese cake dalam botol yang buat masa ini diberhentikan atas sebab-sebab tertentu. Jadi semalam Seri Kandi telah mencatat satu lagi sejarah dalam dunia kek Seri Kandilah kiranya, hehehe.


Seri Kandi mempraktikkan resepi 'rainbow cake' yang pernah Seri Kandi buat dalam 'cupcake liner' sebelum ini dari resepi Martha Stewart yang Seri Kandi rujuk dari Kak Azlita Aziz Masam Manis. Memang seronok bermain dengan warna dan Seri Kandi menggunakan lima warna sahaja. Dah siap mewarna dan masukkan dalam 'piping bag' Seri Kandi pun picitlah selapis demi selapis warna dalam botol tu. Punyalah syok melapis Seri Kandi tak sedar yang lapisan Seri Kandi telah mencapai lebih dari setengah paras botol. Aiyakkkkkk!! Ada karang melimpah-limpah dari mulut botol karang, huhuhu jadi Seri Kandi pun cedoklah dua sudu setiap botol... hehehe.. apadaaa...



Rainbow Cake In Jar
Sumber : Rainbow Cupcakes Alam Sari

Bahan-bahan :
1 1/2 cwn tepung gandum **
2 sdk baking powder ** (ayak bersama **)
Secubit garam **
1/2 cwn butter ~ suhu bilik (Seri Kandi guna 1/2 buku butter 250gm tu)
3/4 cwn gula castor ~ Seri Kandi guna 1/2 cawan sahaja)
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B) 
1 sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik
warna secukupnya, ungu, biru, hijau, kuning, merah.

Cara-caranya:

1. Sediakan botol bersih dan air panas yang diisi dalam loyang sedalam 1/2 inci.

2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.

3. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
4. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
5. Masukkan esen vanila
6. Kemudian perlahan kelajuan yang paling rendah, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.

*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

7. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam  lima bekas berasingan


8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas, kacau rata dan masukkan ke dalam piping bag.
 
9. Picitkan setiap lapisan nipis di dalam botol, mulakan dengan ungu, biru, hijau, kuning dan merah. Jangan melebihi paras setengah botol.
 
10. Masukkan botol dalam loyang yang mengandungi air panas tadi (jangan terlalu panas). Jangan isi banyak-banyak botol dalam loyang.
 
11. Bakar 10 minit pertama pada suhu 180 darjah kemudian turunkan 175 -170 darjah, bakar lagi 15 minit.
 
12. Uji kek dengan lidi, jika tidak melekat bermakna kek telah masak. Jika masih melekat tambah lagi 5 - 10 minit.
 
13. Setelah sejuk bolehlah dipaipkan krim mengikut citarasa anda.

12 comments:

Areef Ibn Naim said...

salam,

tgk cantik sgt, nak makan pun syg, hehehe...

monas2petronas said...

amboi kak sariiii , rajinnyaaaa...lawa kaler.tak pernah lagi bakar dalam botol ni, kiranya sambil bakar tu kena letak air panas la? kira macam buat kek cheese tu? sebab imajin kalau bakar macam tu je, nanti pecah pulak balang kaca tu kan?

Aziela said...

Waahhh....cantikkkkk. Kita kan memang suka rainbow2 nie...hehehehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tahniah... sekurang2nya serikandi dah berjaya membakar kek dlm botol... akak ni lagilah langsung tak pernah bermain2 dgn botol tu.. cumaa... dgn botol kicap & sos je yg biasa ku bermain.. kekee...

Salmi Khairil said...

cantiklah kak..warna warni

Kakzakie said...

Kakak bayangkan kalau botol pecah macam mana? Memang tak terbuatlah kakak nie Seri..

Rohah said...

kita pun teringin jugA nak buat cake in jar macam gini,tapi malangnya,kedai membekal botol2 bagai aksesori telah terbakar 3 bulan lepas..dah pergi ke khemah sementara kedai tu mmg tak ada stock...gram pulak nengok cake sri kandi ni..hi2

gadisBunga™ said...

pelangi dalam botol...macam fantasiii....hihihi!

Cik Nurul Siezuka said...

Waaaa.. sedapnyer kak..

Bila ntah dapat rasa.. :)

Sunah Sakura said...

cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! kalo buat gift mesti cantik kan??

ilahjy said...

kak ilah kamu ni rajen print tapi membuatnya hampehhh hehe tapi seronok tgok ramai kwn GMM kita dah maju ..pandai cari duit sampingan dgn bisnes makanan yg dibelajar melalui blog jer..tahniah semoga adinda kuss berjaya

Kesuma Angsana said...

menarik untuk dicuba ni

Share It

Anda Sukakan Ini?